Suka Blog Nie Tak???

Tuesday 1 November 2011

Hadis Nabi Muhammad SAW Mengenai Perbaharui IMAN

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


"Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim);

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)";

"Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)".


5 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

salam kenal our future teacher :)

ya, hiudp kita nie jgn dipersiakan.. walau sesukar manapun cabaran hadapilah penuh ketaqwaan :)

Nur Aini An-Nisa said...

Salam perkenalan juga untuk awak...

rahman said...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, maka hendaklah kamu perbaharui iman kamu dengan kalimah La Ilaha illallah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Terima kasih kerna kongsi ilmu yg bermanfaat.. ;)

Rayzen said...

Ada ig tak?

Rayzen said...

Ada ig tak?