Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...
♥~♥~♥
Ya ALLAH...
Diriku kadangkala sering merintih,
Diantara letih dan pedih,
Mencari jawapan dalam sinar nan suci bersih,
Mencari insan yang dirinya telah kau pilih,
Namanya terukir di sisi kilauan perhiasanku nan putih.
Ya ALLAH...
Kesyukuran ku panjatkn kepadaMu
Kerana Engkau telah memberiku permulaan petunjukMu,
Buat peneman diriku agar tidak mudah jemu,
Agar diriku tidak mudah lesu,
Agar diriku tidak mudah pilu,
Mencari teman dalam jalan keredhaanMu,
Mencari tarbiah pengisian untuk bekalan hidupku,
Mencari penyeri amalanku,
Mencari cahaya untuk menemui rahmatMu.
Ya ALLAH...
Satu pintaku padaMu
Jangan tinggalkan diriku...
Bimbinglah dan bantulah diriku mencari insan itu...
Kerana setiap saat hidupku hanya dibawah kasih sayangMu...
♥~♥~♥
No comments:
Post a Comment