Assalamualaikum....
Wahai Pencinta Islam...
1. ORANG YANG BERTAQWA
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.”
(Al-Taubah 9:4)
2. ORANG YANG CEPAT-CEPAT BERTAUBAT
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat & menyukai orang yang menyucikan diri.”
(Al-Baqarah 2:222)
3. ORANG YANG ADIL
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang berlaku adil.”
(A-Mumtahanah 60:8)
4. ORANG YANG BERTAWAKAL
Allah berfirman yang bermaksud: “kemudian apabila kamu telah membuat tekad , maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya.”
(Ali ‘Imran 3:159)
5. ORANG BERBUAT KEBAIKAN
Allah berfirman yang bermaksud: “ Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org yang berbuat baik.”
(Al-Baqarah 2:195)
6. ORANG BERJUANG PADA JALAN ALLAH
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai kepada orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(Al-Saff 61:4)
No comments:
Post a Comment