Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kepada para pembaca sekalian... =)
Sekadar gambar hiasan
Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
Hassan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: "Tuan Tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa serta menyembuhkan penyakit hati?" Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya." Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1) Ambil olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawadhuk
2) Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat
3) Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4) Giling sampai halus dengan pengetam qana'ah
5) Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6) Tuangkan ke dalamnya air haya' (malu)
7) Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta)
8) Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9) Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan)
10) Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian
Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan akhirat."
"Ya Rabbi, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami."
No comments:
Post a Comment