Suka Blog Nie Tak???

Friday, 4 November 2011

5 Perkara yang Di Lihat Mendatangkan Pahala

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam...


MELIHAT WAJAH KEDUA IBU DAN BAPA KITA
Sebenarnya melihat wajah ibu bapa adalah seperti kita melihat syurga. Masya Allah begitu mulia kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT. Oleh itu pada mereka yang jauh dari ibu bapa pulanglah ke kampung halaman, jenguk-jenguk ah mereka sebelum kita menyesal kerana kita sekadar dapat melihat jasad yang telah terbujur kaku.


MELIHAT KAABAH
Satu lagi kebesaran Allah yang tiada tandingannya. Walau kita tidak dapat pergi menunaikan haji atau umrah namun dengan hanya melihat kaabah Allah telah janjikan pahala pada kita semua. Subahanallah...!!!


MELIHAT AIR ZAM-ZAM
Belum lagi kita meminumnya, hanya melihatnya Allah sudah memberikan ganjaran pahala.
Air zam-zam mempunyai banyak khasiat. Amalkan minum air zam-zam setiap hari.


MELIHAT KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Belum pun kita membacanya dan hanya melihatnya pahala sudah diberikan. Apatah lagi jika kita membacanya. Di bulan yang mulia ini amalam membaca al-Quran adalah sangat-sangat dituntut. Al-Quran menjadikan pegangan dan panduan hidup kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama membaca al-Quran dan bukan sekadar dilihat sahaja.


MELIHAT LAUT 
Melihat sambil memuji kebesaran Allah. Saat kita memuji melihat kebesaran Allah kita sudah ditambahkan pahala. Segala yang terciptakan oleh Allah SWT adalah sesuatu yang kita manusia sendiri tidak mampu menciptakannya melainkan dengan izinNya. Selain itu, melihat laut boleh memberikan ketenangan. Allahuakhbar...!!!

8 comments:

Munn Jaafar said...

kalau boleh hari2 nak tgk muka mak =)

Nur Aini An-Nisa said...

alhamdulillah... =)

Unknown said...

pe sumber yang akak peroleh ni ek??
hadis ke kata-kata hukama'??

Anonymous said...

Melihat air zam² tu meragukan sikit. 4 yg lain tu pernah la terbaca hadithnya

Unknown said...

Mohon share

Unknown said...

Saya pernah dengar ceramah seorang ustaz.. tapi lupa pulak namanya... beliau berkata yg serupa. Melihat shaja air zam2 dapat pahala

Ibnu said...

Selalunya yang didengarkan Lihat wajah ibubapa, lihat al-Quran, lihat Kaabah dan lihat lautan. (Dan ada juga, lihat wajah alim ulamak). Lihat air zam zam .. baru dengar. Boleh bagi sumber?

Unknown said...

Kakkk izin saya twt di twitter saya ya🥺🥺