Suka Blog Nie Tak???

Wednesday 16 November 2011

7 Faedah Zikir

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...


Mengingati Allah dengan membaca zikir merupakan pokok daripada syukur. Manfaat yang besar dapat diperolehi dengan mengerjakan amalan ini. Tapi sayang sekali kebanyakkan orang melupakan dan melalaikannya. Padahal terdapat banyak faedah zikir di antaranya adalah:

1. Mendatangkan pertolongan Allah
 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu.” (QS. al-Baqarah: 152)

2. Mendatangkan keampunan dan pahala yang besar
 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah, lelaki ataupun perempuan, maka Allah sediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

3. Sebab hidupnya hati
 Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingati Rabbnya (Allah) dengan orang yang tidak mengingati Rabbnya, seperti perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang sudah mati.” ~HR. Bukhari~

4. Mendatangkan ketenteraman jiwa
 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ingatlah, dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (QS. ar-Ra’d: 28)

5. Jauh dari perangkap syaitan
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Barangsiapa yang berpaling dari mengingati ar-Rahman maka akan Kami jadikan syaitan sebagai pendamping yang selalu menemaninya.” (QS. az-Zukhruf: 36)

6. Jalan menuju keikhlasan
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka melakukan dengan riyak (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali. (QS. an-Nisaa’: 142)

7. Perlindungan Allah pada hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda, “Ada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Allah pada hari kiamat. Diantaranya adalah seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sepi, kemudian menitislah air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Renungan bersama: Dan yang perlu diingat bahawa zikir yang benar adalah yang dilandasi keikhlasan niat dan dikerjakan dengan mengikuti Sunnah Nabi SAW. Allahul muwaffiq.

No comments: