Suka Blog Nie Tak???

Showing posts with label Syurga. Show all posts
Showing posts with label Syurga. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

Temuduga Sebagai Calon Jenazah

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... =)


PERHATIAN!!!
SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: 
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini, sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Renung-renungkanlah wahai calon-calon sekalian... Kematian adalah pasti...

Thursday, 24 November 2011

❤ Sahabat Sampai Syurga ❤

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

.¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸

Jika bersahabat kerana Allah, jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya. Jika bersahabat kerana Allah, nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya. Jika bersahabat kerana Allah, maafkanlah dirinya. Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah kelemahan dan sikapnya, seperti dia bersedia menerima kelemahanmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.

Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar dicari."

Sabda Rasulullah SAW: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu semua tentang orang yang diharamkan masuk neraka atau tidak akan dimasukkan ke dalamnya? Iaitu seorang sahabat yang akrab, suka membantu, mudah melakukan."  (Riwayat Tirmizi no. 2488, Imam Ahmad dalam Al-Musnad, Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah.)


.¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸

♥●•٠·˙Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam˙·٠•●♥

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...


Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia selagi belum tiba masanya.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan dan Keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH
Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata
Maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih
Yang lebih besar dari segalanya dan
Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
Namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya
Tetapi menjaga kesuciannya
Bukan kerana menghindari dunia
Tetapi meraih syurgaNya
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan
Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam
Dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years
Then you can do it the halal way.


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

Wednesday, 2 November 2011

Mangkuk Yang Cantik, Madu & Sehelai Rambut

Assalamualaikum & Salam Ukhwah...


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Syaidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ada dalam mangkuk tersebut. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a berkata :
"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata :
''Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata:
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata:
"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata :
"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata :
"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata :
"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman :
" Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Renung-renungilah...=)

Monday, 24 October 2011

Kongsi HEAVEN nak???

Assalamualaikum & Salam Muhibbah...


Ikuti situasi ini:
Boy: Awak, awak sayang saya tak?
Girl: Of course la saya sayang awak. Kita pun bukannya baru kenal.
Boy: Awak, awak cinta saya tak?
Girl: Of course la saya cintakan awak coz awak kan pakwe saya...
Boy: Kalau betul awak sayang dan cinta saya, awak sanggup bersama saya selama-lamanya???
Girl: Of course la awak.... Saya sanggup bersama awak selama-lamanya.. Saya sanggup serahkan segala- 
         galanya yang saya ada termasuk diri saya.
Boy: Termasuk diri awak? Awak gila ke???
Girl: Kenapa awak kata saya gila??? Sampai hati awak.... huhu... (merajuk)
Boy: Bukan macam tu la sayang... Saya tak nak awak serahkan diri awak pada saya sekarang coz kita 
         bukannya ada sebarang ikatan. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Jadi, kalau betul kita saling 
         sayang-menyayangi, kita KAWIN nak? Saya tak sanggup lagi berkeadaan begini... Saya tak sanggup 
         lagi nak keluar berdua-duaan begini yang akhirnya kita akan berlaku zina. Saya tau saya tak la baik 
         sangat apatah lagi alim. Saya orang yang biasa-biasa saja... Saya ni hamba Allah yang takutkanNya... 
Girl:  .......
Boy: Saya nak kongsi HEAVEN dengan awak sama-sama coz awak insan yang saya sayang dan cintai. 
         Biarlah kita couple secara "HALAL". Saya nak bersama-sama awak hingga akhir hayat saya dan 
         berbahagia hingga ke HEAVEN.
Girl: Maafkan saya, awak.... Saya pun nak kongsi HEAVEN macam awak la... Kita KAWIN.... hehehehe...




PENGAJARAN AYAT:
  • Kalau kita benar-benar cinta pada kekasih kita, bawa pasangan kita jauh dari dosa dan azab api neraka. Jikalau mampu, jadikan pasangan kita sebagai pasangan yang HALAL iaitu pasangan suami isteri yang telah melalui ikatan perkahwinan. Itulah konsep CINTA SEJATI yang sebenar. Bukannya bukti CINTA SEJATI dengan menyerahkan segala-galanya yang ada pada kita untuk pasangan kita sebelum berkahwin.
  • Kalau kita benar-benar cintakan pasangan kita, sebenarnya kita tidak akan sanggup biarkan pasangan kita masuk neraka. Tegarkah kita masuk SYURGA sorang-sorang sedangkan kekasih yang kita cintai sepenuh hati masuk NERAKA???