Suka Blog Nie Tak???

Showing posts with label Ilahi. Show all posts
Showing posts with label Ilahi. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

•♥•(★) Cinta Sejati (★)•♥•

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸ ¸.*¨`*.❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.*¨`*.❤♫❤♫❤

Jika mencintai itu indah mengapa harus ada air mata
Jika mencintai itu menyakitkan kenapa harus ada tawa,
 Dimana letak kasih sayang jika tiada keikhlasan,
 Dimana letak kehidupan jika tiada perasaan,
 Cinta tanpa iman tak lebih seperti pengkhianat rasa,
 Cinta tanpa taqwa adalah permulaan satu kehancuran,
 Waspada dengan cinta kerana cinta itu buta,
 Tiada satupun cinta yang abadi kecuali cinta kepada Pencipta itu sendiri..

 ❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸ ¸.*¨`*.❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.*¨`*.❤♫❤♫❤

Sunday, 27 November 2011

Cintaku Pada Ilahi

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1433H
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... =)


Cinta...
Cinta itu hadir pada semua insan
Cahaya indah yang dikurniakan Ilahi
Cetusan hati berlandaskan syariat Islam...

Cinta...
Indahnya jika aku mencintai Tuhanku
Iman digilap setiap hari demi meraih cintanya
Istiqamah dalam mempertahankan cinta suci...

Cinta...
Nafsu amarah berjaya dilunakkan
Nescaya nafsu akan tertunduk malu
Nauzubillah bila mana cinta dunia melebihi Tuhanku...

Cinta...
Tanpa cintaMu, hidupku melayang
Tanpa kasihMu, fakirlah aku selamanya
Tersentak diriku bila cinta itu ditarik kembali...

Cinta...
Alangkah bodohnya diriku selama ini
Aku mencintai makhluk melebihi diriMu
Andainya masih ada sisa cintaMu terhadapku
Aku akan memelihara cinta itu demi namaMu...