Suka Blog Nie Tak???

Showing posts with label Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah SAW. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

Jom ikut Sunnah Nabi...!!!

Salam semua...
Semoga kalian dilindungi oleh Allah SWT...

Lama saya tak post entry baru... Baru sekarang berkesempatan untuk membuatnya... Dikesempatan yang diberi oleh Allah, saya ingin mengajak semua terus-terus mengamalkan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad SAW... Junjungan yang kita dan semua umat Islam sayangi, kagumi, rindui dan cintai selalu...


Di dalam Al-Quran ada dinyatakan:
" Jika kamu benar-benar mencintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Katakanlah "Taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir."
~Surah Ali-Imran ayat 31 &32~

Maka, apa sahaja kesukaan Nabi Muhammad SAW, itulah juga kesukaan Allah SWT dan apa sahaja amalan yang Nabi Muhammad SAW lakukan, itulah amalan yang paling Allah sukai.

Nabi SAW pernah mengatakan yang bermaksud: “Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, emak dan semua makhluk yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam sebuah pernyataan yang lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak sempurna iman dan kita benar-benar tidak akan merasai kemanisan iman di dalam hati, melainkan Rasulullah SAW dijadikan orang paling dikasihi selepas cinta kita terhadap Allah.

Oleh itu, jom kita ikut SUNNAH NABI....!!!

Saturday, 25 February 2012

Doa Bermimpi Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua... =)



" Hajatku ingin menatap wajah Baginda yang dihiasi nur keimanan dan kesolehan."


Ingin sekali mengucup tangan lembut baginda sebagai tanda kasih, hormat dan mencintai baginda.

Ingin mendengar mutiara indah daripada bibir baginda akan kalam nasihat dan peringatan buat diri.

Ingin memeluk baginda, seerat-eratnya, semahu-mahunya dan ingin membisikan bahawa saya benar-benar kasih, cinta dan merindui baginda. Saat ini, air mata saya tertahan dan sebak membayangkannya.

Ya Rasulullah, redhailah kami sebagai ummatmu.

Sunday, 18 December 2011

Makanan Kesukaan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum...
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT...


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan membersihkan perut.


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan
membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata,  dan membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
ketika ini di restoran-restoran itali)


12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

Friday, 2 December 2011

Hari Asyura-10 Muharram

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah SAW mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Jom puasa !

Share dari Facebook: Tazkirah

Saturday, 19 November 2011

Kisah Rasulullah SAW Dengan Kucingnya

Assalamualaikum & Salam Ukhwah...


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu memeluk mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Namun ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. Sayangilah mereka... Meowwww...

Friday, 18 November 2011

Rasulullah SAW Selalu Membaca Surah Al-Kahfi Pada Malam Jumaat

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam...


Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Perkara ini mungkin biasa didengari oleh anda. Tetapi apakah amalan yang boleh kita amalkan pada penghulu segala hari. Perkara ini adalah satu amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Daripada Umar berkata Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripada fitnah dajjal." (HR. Ibnu Katsir)

Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

Thursday, 17 November 2011

Ya Rasulullah, Aku Merinduimu... ='(

Assalamualaikum...
Semoga Allah Sentiasa Merahmati Kita Semua...


YA RASULULLAH, AKU MERINDUIMU.........

Ya Rasulullah...
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah...
tapi aku selalu mendustakannya,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia...

Aku malu padamu ya Rasulullah...
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.
Ya Rasulullah...
betapa hina dinanya diri ini...
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu, ajaranmu seringku lupakan.
Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai UMMATMU?

Ya Ululázm Anbiya'...
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami...
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini, sering melupakanmu,
bergembira dengan nikmat dunia yang sementara...
layakkah kami untuk menerima syafaatmu di akhirat kelak?
Ya Rasulullah...
begitu jauhnya jarak kami dengan martabat keagunganmu..

Ya Rasulullah...
dikau sanggup mengikat perut berlapar...
kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu penuh dengan darah...
kau sanggup dilempar dengan najis...
semuanya kerana KAMI...
untuk kami merasa betapa indahnya menyintai
Allah dan Kekasih agungnya...
Subhanallah...
indahnya budi pekertimu duhai
Rasul yang telah dijanjikan syurga.

sungutan 'Aisyah kepada Rasulullah,
"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah 
berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya 
sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?
"Rasulullah dalam jawapannya berkata:
"Afalaa akuunu a'bdan syakura"
"Tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah,
betapa gembiranya dikau,
ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami
andai kami berselawat pada Rasulullah...
bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut.
tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu.
Ya Rasulullah...
mulianya akhlakmu...
betapa dikau cintakan kami...
  
Ya Rasulullah...
aku begitu cemburu dengan sahabatmu, Abu Bakar As-Siddiq,
kerana beliau sering bersamamu ke mana sahaja.
beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu...
beliau juga rakan seperjuanganmu dikala
menyebarkan agama Allah di muka bumi ini...
aku ingin berada di tempatnya...
menjadi temanmu yang sejati...
aku ingin melihat cahaya wajahmu setiap hari...
aku ingin menatap senyuman manismu 
yang bisa mencairkan hati mereka yang melihatnya...
Aku ingin mendengar kata-kata indah daripada mulutmu,
agar bertambah keimanan ku pada Allah...
Duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta,
aku cemburu padamu...

Tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah,
Para sahabat tidak dapat menerimanya.
sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah
didengari sehingga ke luar rumah.

Umar tak dapat menerima sehingga
berkata "Sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,
akan kulibas dengan pedangku ini."

Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak 
sehingga berdoa pada Allah:
"Ya Allah, ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat
sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam."
belum sempat beliau habiskan doa, Allah sudah menarik nikmat penglihatannya.

Begitu juga sahabat yang lain, sehinggakan ada yang berdoa
"Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad."
Pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi.

Saidina Uthman pula terdiam membisu, 
tidak dapat berkata apa-apa kerana
fikirannya bercelaru dan bingung.

Betapa tingginya cinta yang mereka letakkan
padamu ya Rasulullah setelah Allah...
aku malu...
siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya"
~hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim~


Share daripada Facebook: Raudhatul Jannah (Taman Syurga)

Monday, 14 November 2011

Pesanan Rasulullah SAW Untuk Kaum Lelaki

Assalamualaikum....
Wahai Pencinta Islam...


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah :
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah :
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain dan suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang semakin botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna: 
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen sahaja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli. Wallahu'alam...

Friday, 4 November 2011

Kisah Nabi Muhammad S.A.W Dengan Pengemis Buta

Assalamualaikum & Salam Ukhwah...

Gambar sekadar hiasan

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?" Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan tangannya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Thursday, 3 November 2011

Kisah Rasulullah SAW Sebagai Pengajaran

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Dalam leka melayari Facebook, ada satu page ini tertarik untuk saya kongsi dalam entry saya ni... Mungkin kisah ni pernah kita dengar atau baca dekat mana-mana, tapi saya masih suka untuk berkongsi disini dan jadikanlah sebagai muhasabah diri dan pengajaran... =)


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Syaidatina 'Aisyah menceritakan kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, baginda SAW cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Syaidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Humaira?' (Humaira adalah panggilan mesra untuk Syaidatina 'Aisyah yang bererti (Wahai yang kemerah-merahan). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia." "Aku tidak bertanyakan alasanmu." sahut Nabi SAW. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya. Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?". "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH SWT langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Syaidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Share dari facebook je k...!!!

Tuesday, 1 November 2011

Hadis Nabi Muhammad SAW Mengenai Perbaharui IMAN

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


"Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim);

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)";

"Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)".


Saturday, 29 October 2011

Peringatan: Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Ali R.A

Assalamualaikum...
Wahai sahabat sekalian...

Marilah kita sama-sama jadikan nasihat ini sebagai juadah diri semoga terbuka selera kita untuk memperlengkapkan diri dan jiwa kita sebagai yang ALIM, JUJUR, TAKWA dan mudah-mudahan kita tergolong sebagai salah seorang AHLI IBADAH yang berjaya di dunia dan di akhirat... InsyaAllah... =)


Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Testimoni Ketinggian Akhlak Rasulullah SAW

Assalamualaikum & Salam Ukhwah...

Allah SWT menyebut dalam Al-Quran, melalui firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik (uswah hasanah)."~Surah Al-Ahzab 33:21~

"Sesungguhnya engkau (Rasulullah SAW) benar-benar berbudi perketi agung (khuluqin 'azim)." ~Surah Al-Qalam 68:4~

 Gambar Hiasan

Apabila Ummul Mukminin Syaidatina Aisyah R.Ha diminta menerangkan keperibadian Rasulullah SAW, maka jawapannya ialah dengan ungkapan yang masyhur ini. "Sesungguhnya akhlaknya ialah Al-Quran." (Riwayat Ahmad)

Peribadi Rasulullah SAW ibarat gambaran Al-Quran yang hidup. Kehidupan Baginda SAW ibarat mentafsirkan ajaran Al-Quran. Keindahan cahaya Al-Quran terpancar pada wajah dan sinar akhlak Baginda. Setiap perilaku dan tindakan Baginda bertepatan dengan Al-Quran dan menjadi sunnah ikutan.

Sumber: Majalah SOLUSI isu no.36 (cerna minda)