Suka Blog Nie Tak???

Saturday 31 December 2011

Doa Solat Tahajjud

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam... =)


Ini adalah antara doa solat Tahajjud:

 اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ


Berdoalah dengan hati yang tidak lalai. Untuk itu bila berdoa, sedapat-dapatnya tahu maknanya.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

" Ya Allah, ampunilah aku, sama ada apa yang telah aku mulakan dan akhirkan, dan apa yang telah aku lakukan dengan terang dan sembunyi, Engkaulah Yang Memulakan dan Mengakhirkan, Tiada Tuhan Melainkan Engkau"



إِلَهِيْ، أَذْنَبْتُ فِيْ بَعْضِ الأَوْقَاتِ، وَآمَنْتُ بِكَ فِيْ كُلِّ الأَوْقَاتِ، فَكَيْفَ يَغْلُبُ بَعْضُ عُمْرِيْ مُذْنِبًا جَمِيْعَ عُمْرِيْ مُؤْمِنًا؟

"Ya Tuhanku, aku melakukan dosa pada sebahagian waktu sedangkan aku beriman kepadaMu pada setiap waktu, bagaimanakah dosa-dosa yang telah aku lakukan pada sebahagian usiaku boleh mengatasi keimananku pada sepanjang usiaku?"



إِلَهِيْ، كَيْفَ أَمْتَنِعْ بِالذَّنْبِ مِنَ الدُّعَاءِ، وَلاَ أَرَاكَ تَمْنَعُ مَعَ الذَّنْبِ مِنَ الْعَطَاءِ، فَإِنْ غَفَّرْتَ فَخَيْرُ رَاحِمٍ أَنْتَ، وَإِنْ عَذَّبْتَ فَغَيْرُ ظَالِمٍ أَنْتَ
  
Ya Tuhanku, bagaimanakah aku menghalang dari berbuat dosa dengan berdoa sedangkan aku tidak melihatMu menghalang memberi dosa, jika Engkau ampunkan maka Engkaulah Maha Pengasihani, dan jika Engkau memberi azab maka Engkau bukanlah zalim"




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
  
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku sebagai hambaMu, dan aku berjanji denganMu mengikut kemampuanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengaku atas segala nikmat Engkau kepadaku, dan aku mengaku segala dosaku, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan melainkan Engkau"



أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
  
"Aku memohon keampunan dengan Allah Yang Maha Agong, Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Kekal, dan aku bertaubat kepadaNya"




ماَ أَعْظَمُ مَا نَذْنَبُ فِيْ حَقِّكَ، وَمَا أَوْسَعُ مَا تَغْفِرْ لَنَا! مَا أَعْظَمُ نِعَمِكَ عَلَيْنَا، وَمَا أَكْثَرُ كُفْرَانَنَا بِهَا! مَا أَعْظَمُ اجْتِرَاءَنَا عَلَيْكَ، وَمَا أَعْظَمُ حِلْمِكَ عَلَيْنَا!


"Betapa besarnya dosa kami terhadapMu dan betapa luasnya keampunanMu terhadap kami! Betapa besarnya nikmatMu terhadap kami dan betapa kufurnya kami dengannya! Betapa besarnya kebiadapan kami terhadapMu dan betapa besarnya kasih sayangMu terhadap kami!"



اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ. اللَّهُمَّ نَقِّنِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
  
"Ya Allah, jauhilah aku dari segala kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat, Ya Allah, basuhlah segala kesalahanku dengan air, salji yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah segala kesalahanku sepertimana dibersihkan baju putih dari kekotoran"



رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوْحًا، نُجَدِّدُ بِهَا إِيْمَانَنَا، وَتُغْسِلُ بِهَا قُلُوْبَنَا، وَتُغْفِرُ بِهَا ذُنُوْبَنَا، وَتُبَدِّلُ بِهَا سَيِّئَاتَنَا حَسَنَاتٍ

"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasihani, Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai Taubat Nasuha, supaya kami dapat memperbaharui iman kami, menyucikan hati-hati kami, diampunkan segala dosa kami dan digantikan segala keburukan kami dengan kebaikan"




اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
  
"Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani"





اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ وَالأَبْصَارِ، ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، وَلاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَلاَ تُفْتِنَّا فِيْ دِِيْنِنَا، وَاجْعَلْ يَوْمَنَا خَيْرًا مِنْ أَمْسِنَا، وَاجْعَلْ غَدَّنَا خَيْرًا مِنْ يَوْمِنَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِيْمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ


"Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami berjumpa denganMu...


Hayatilah dan renungilah baik-baik... =)

Pesanan Cinta Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua... =)


Wahai Hawa….
Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ?
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya ?

Wahai Hawa….
Sedarlah.. Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia,
Kau juga boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
Yakni yang Soleh dan Solehah,
Kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
Serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
Dalam menegakkan Islam di mata dunia...

Tapi Hawa...
Jangan sesekali kau cuba menggoncang 
Keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, 
Dengan ayu wajahmu,
Dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa…
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu...
Kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan
Kerana wanita ialah jalan syaitan,
Alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam...

Hawa,
Andai engkau masih remaja...
Jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami...
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu...
Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum menikah,
Jangan kau risau akan jodohmu,
Ingatlah hawa janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu...
Hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu
Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
Kerana kau bukan memancing hatinya...
Tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa…
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
Kerana aku kuatir dari mata turun ke hati, 
Dari senyuman membawa ke salam, 
Dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan… 
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa …
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa …
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya 
Kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta 
Sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa …
Jagalah pandanganmu,
Jagalah pakaianmu,
Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
Yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, 
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu...

Hawa …
Cintailah ALLAH..
Dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu, kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH SWT
Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa …
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini 
Dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. Tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, 
Kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


(¯`v´¯) Amiin yaa Robbal'alamiin

Monday 26 December 2011

Rahsia Cap Jari

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:

Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. 
(Surah al-Qiyamah :3-4)

>>> Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

>>> Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’ seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.

>>> Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.

>>> Walaupun Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya di alam semesta ini, sesuatu itu sengaja disembunyikan sebelum sampai masanya dan besar kemungkinan ada lagi yang masih belum ditunjuk dengan jelas kerana kita masih belum bersedia untuk menghadapinya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.

Renung-renungilah... =)

Celaan Allah SWT Kepada Manusia

Assalamualaikum...
Semoga kita semua dilindungi di bawah naunganNya... =)


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki 
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri 
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Pesanan ringkas: 
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Sunday 18 December 2011

Makanan Kesukaan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum...
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT...


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan membersihkan perut.


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan
membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata,  dan membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
ketika ini di restoran-restoran itali)


12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

Thursday 15 December 2011

(¯`•.¸ღ Dalam Diamku (¯`•.¸ღ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua... =)

¨*•.•¨*•.•¨*•.•¨*•.•¨*•*¨¨*•.•


Dalam diamku,
Terselit sebuah rindu..
Merindukanmu untuk menjadi bakal IMAMKU,
Merinduimu agar kau bisa menjadi MUJAHIDKU,
Yang siap bila diseru ke jalan JIHAD...

Diam, itulah caraku mencintaimu keranaNya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak dinodai oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu keranaNya.
Mengharap ketakwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabbi ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu keranaNya.
Mengharap syafaat agar selamat di dunia dan di akhiratNya.

Diam, adalah caraku mencintaimu keranaNya.
Mengharap keredhaanNya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam, adalah caraku mencintaimu keranaNya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,
Aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku...
Kadang-kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa...

Ada sedikit cinta di hatiku untukmu.
Yang ingin agar kau tahu.
Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.
Jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.
Bila ada siraman redhaNya kita kan bersama dan bila tidak,
Aku yakin akan ada yang lain yang lebih baik dariNya...

Jadi walau aku cinta dan aku putuskan untuk diam,
Biarkan Allah yang maha Kuasa mengaturNya...


¨*•.•¨*•.•¨*•.•¨*•.•¨*•*¨¨*•.•