Suka Blog Nie Tak???

Tuesday 29 November 2011

Jika Kau Bakal Menjadi... =)

Assalamualaikum dan Salam ukhwah...


*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak, maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama Tercinta.


*Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Allah SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi PEREKA FESYEN rekalah fesyen penutup aurat bagi semua muslimin dan muslimah yang sesuai mengikut tuntutan syariat Islam.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...



Renung-renungkanlah... =)

Sunday 27 November 2011

Cintaku Pada Ilahi

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1433H
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... =)


Cinta...
Cinta itu hadir pada semua insan
Cahaya indah yang dikurniakan Ilahi
Cetusan hati berlandaskan syariat Islam...

Cinta...
Indahnya jika aku mencintai Tuhanku
Iman digilap setiap hari demi meraih cintanya
Istiqamah dalam mempertahankan cinta suci...

Cinta...
Nafsu amarah berjaya dilunakkan
Nescaya nafsu akan tertunduk malu
Nauzubillah bila mana cinta dunia melebihi Tuhanku...

Cinta...
Tanpa cintaMu, hidupku melayang
Tanpa kasihMu, fakirlah aku selamanya
Tersentak diriku bila cinta itu ditarik kembali...

Cinta...
Alangkah bodohnya diriku selama ini
Aku mencintai makhluk melebihi diriMu
Andainya masih ada sisa cintaMu terhadapku
Aku akan memelihara cinta itu demi namaMu...


:: ♥ Kelebihan Dan Hikmat Sujud Dalam Solat ♥ ::

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1433H...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... =)


Dan sesungguhnya solat (bersembahyang) itu adalah satu ibadah yang dilakukan oleh umat Islam yang mempunyai seribu hikmah (dari sudut kajian) : Waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
1 - Membetulkan kedudukan buah pinggang membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
2 - Melegakan sakit hernia.
3 - Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
4 - Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
5 - Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
6 - Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7 - Meringankan bahagian pelvis.
8 - Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9 - Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
10 - Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
11 - Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12 - Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
13 - Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
14 - Mengurangkan kegemukan.
15 - Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
16 - Organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
17 - Serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
18 - Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
19 - Mengelakkan pendarahan otak
20 - Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta. Sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatanKesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajianTerdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Thursday 24 November 2011

❤ Sahabat Sampai Syurga ❤

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

.¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸

Jika bersahabat kerana Allah, jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya. Jika bersahabat kerana Allah, nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya. Jika bersahabat kerana Allah, maafkanlah dirinya. Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah kelemahan dan sikapnya, seperti dia bersedia menerima kelemahanmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.

Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar dicari."

Sabda Rasulullah SAW: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu semua tentang orang yang diharamkan masuk neraka atau tidak akan dimasukkan ke dalamnya? Iaitu seorang sahabat yang akrab, suka membantu, mudah melakukan."  (Riwayat Tirmizi no. 2488, Imam Ahmad dalam Al-Musnad, Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah.)


.¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸ .¸¸..¸

♥●•٠·˙Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam˙·٠•●♥

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...


Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia selagi belum tiba masanya.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan dan Keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH
Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata
Maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih
Yang lebih besar dari segalanya dan
Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
Namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya
Tetapi menjaga kesuciannya
Bukan kerana menghindari dunia
Tetapi meraih syurgaNya
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan
Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam
Dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years
Then you can do it the halal way.


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

5 Perkara Yang Wajib Disegerakan

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:


PERTAMA
Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.


KEDUA
Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.


KETIGA
Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.


KEEMPAT
Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.


KELIMA
Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripadaNya.

*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Tuesday 22 November 2011

Yang Biasa Dan Luar Biasa

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam...


1. Sembahyang

Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. 
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.


2. Sedekah

Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.


3. Berjaga malam

Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.


4. Kerja

Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn.... =)

☆彡 Lelaki Idaman saya ☆彡

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Gambar hiasan

*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh...

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kesegaran
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama...

*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸ ¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸ ¸.•*" "*•.¸

Saturday 19 November 2011

Tidak Sempat...

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah...


Tidak Sempat…
Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah masuk bulan yang baru. Tahun pula silih berganti sepantas jam saat berdetik.

                Kalau begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang abadi. Kalau syura menjadi destinasi, Alhamdulillah. Kalau neraka, nauzubillah... Tetapi hairan jika ada orang yang berkata, “Alamak, tidak sempat nak buat ibadah!” Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipanggil menghadapNya. 

Lebih baik usahakan seperti ini:
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadat dan taat.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat mazmumah singgah dalam hai sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat terlajak Subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadat saat fajar menyingsing.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah.
·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.

                MasyaAllah, berlambak rupanya kebaikan yang boleh dipungut, jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan keburukan.

Sumber: Majalah Solusi isu no.37