Suka Blog Nie Tak???

Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Kecantikkan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Kecantikkan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikkan yang sempurna seorang lelaki. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Wednesday, 2 November 2011

Wanita Dan Kecantikkan

Assalamualaikum...



Wanita ibarat bunga...
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Pesanan Saidatina Aisyah R.A : "Oleh itu jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja."

Percaya tak kalau saya katakan tiada manusia hodoh dalam dunia ini? Setiap apa yang Allah ciptakan pasti indah kerana Allah Maha Indah dan Allah suka pada kecantikan dan keindahan. Allah tidak mencipta manusia hodoh tetapi Dia mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza. Sememangnya mata menilai kecantikan pada rupa paras seseorang. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati menentukan akhlak dan budi.

Cantik itu tidak salah tapi orang selalu menggunakan kecantikan ke arah yang salah. Tanpa iman, kecantikan itu akan digunakan ke arah maksiat dan dosa. Kerana itu, cantik yang paling bermakna ialah apabila ia lahir dari dalaman dan terus melahirkan kecantikan di luaran. Janganlah merasakan diri kita cantik sehingga timbul perasaan riak dan bangga pada diri. Wanita-wanita yang cantik akhlaknya akan mempamerkan kecantikan diri hanya pada suami.