Suka Blog Nie Tak???

Saturday, 25 February 2012

4 Perkara Membuktikan Allah SWT Amat Mencintai Kita Semua

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam... 



Abu Yazid Al-Bustami berkata '' Aku telah keliru pada permulaan fikiran tentang empat perkara ” :

1- Aku mengira aku mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengingatiku.

2- Aku mengira aku mengenaliNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengenaliku.

3-Aku mengira aku mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mencintaiku.

4- Aku mengira aku menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh menghendakiku.

Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf. M/S : 800.

Doa Bermimpi Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua... =)



" Hajatku ingin menatap wajah Baginda yang dihiasi nur keimanan dan kesolehan."


Ingin sekali mengucup tangan lembut baginda sebagai tanda kasih, hormat dan mencintai baginda.

Ingin mendengar mutiara indah daripada bibir baginda akan kalam nasihat dan peringatan buat diri.

Ingin memeluk baginda, seerat-eratnya, semahu-mahunya dan ingin membisikan bahawa saya benar-benar kasih, cinta dan merindui baginda. Saat ini, air mata saya tertahan dan sebak membayangkannya.

Ya Rasulullah, redhailah kami sebagai ummatmu.

Saturday, 31 December 2011

Doa Solat Tahajjud

Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam... =)


Ini adalah antara doa solat Tahajjud:

 اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ


Berdoalah dengan hati yang tidak lalai. Untuk itu bila berdoa, sedapat-dapatnya tahu maknanya.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

" Ya Allah, ampunilah aku, sama ada apa yang telah aku mulakan dan akhirkan, dan apa yang telah aku lakukan dengan terang dan sembunyi, Engkaulah Yang Memulakan dan Mengakhirkan, Tiada Tuhan Melainkan Engkau"



إِلَهِيْ، أَذْنَبْتُ فِيْ بَعْضِ الأَوْقَاتِ، وَآمَنْتُ بِكَ فِيْ كُلِّ الأَوْقَاتِ، فَكَيْفَ يَغْلُبُ بَعْضُ عُمْرِيْ مُذْنِبًا جَمِيْعَ عُمْرِيْ مُؤْمِنًا؟

"Ya Tuhanku, aku melakukan dosa pada sebahagian waktu sedangkan aku beriman kepadaMu pada setiap waktu, bagaimanakah dosa-dosa yang telah aku lakukan pada sebahagian usiaku boleh mengatasi keimananku pada sepanjang usiaku?"



إِلَهِيْ، كَيْفَ أَمْتَنِعْ بِالذَّنْبِ مِنَ الدُّعَاءِ، وَلاَ أَرَاكَ تَمْنَعُ مَعَ الذَّنْبِ مِنَ الْعَطَاءِ، فَإِنْ غَفَّرْتَ فَخَيْرُ رَاحِمٍ أَنْتَ، وَإِنْ عَذَّبْتَ فَغَيْرُ ظَالِمٍ أَنْتَ
  
Ya Tuhanku, bagaimanakah aku menghalang dari berbuat dosa dengan berdoa sedangkan aku tidak melihatMu menghalang memberi dosa, jika Engkau ampunkan maka Engkaulah Maha Pengasihani, dan jika Engkau memberi azab maka Engkau bukanlah zalim"




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
  
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku sebagai hambaMu, dan aku berjanji denganMu mengikut kemampuanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengaku atas segala nikmat Engkau kepadaku, dan aku mengaku segala dosaku, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan melainkan Engkau"



أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
  
"Aku memohon keampunan dengan Allah Yang Maha Agong, Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Kekal, dan aku bertaubat kepadaNya"




ماَ أَعْظَمُ مَا نَذْنَبُ فِيْ حَقِّكَ، وَمَا أَوْسَعُ مَا تَغْفِرْ لَنَا! مَا أَعْظَمُ نِعَمِكَ عَلَيْنَا، وَمَا أَكْثَرُ كُفْرَانَنَا بِهَا! مَا أَعْظَمُ اجْتِرَاءَنَا عَلَيْكَ، وَمَا أَعْظَمُ حِلْمِكَ عَلَيْنَا!


"Betapa besarnya dosa kami terhadapMu dan betapa luasnya keampunanMu terhadap kami! Betapa besarnya nikmatMu terhadap kami dan betapa kufurnya kami dengannya! Betapa besarnya kebiadapan kami terhadapMu dan betapa besarnya kasih sayangMu terhadap kami!"



اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ. اللَّهُمَّ نَقِّنِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
  
"Ya Allah, jauhilah aku dari segala kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat, Ya Allah, basuhlah segala kesalahanku dengan air, salji yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah segala kesalahanku sepertimana dibersihkan baju putih dari kekotoran"



رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوْحًا، نُجَدِّدُ بِهَا إِيْمَانَنَا، وَتُغْسِلُ بِهَا قُلُوْبَنَا، وَتُغْفِرُ بِهَا ذُنُوْبَنَا، وَتُبَدِّلُ بِهَا سَيِّئَاتَنَا حَسَنَاتٍ

"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasihani, Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai Taubat Nasuha, supaya kami dapat memperbaharui iman kami, menyucikan hati-hati kami, diampunkan segala dosa kami dan digantikan segala keburukan kami dengan kebaikan"




اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
  
"Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani"





اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ وَالأَبْصَارِ، ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، وَلاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَلاَ تُفْتِنَّا فِيْ دِِيْنِنَا، وَاجْعَلْ يَوْمَنَا خَيْرًا مِنْ أَمْسِنَا، وَاجْعَلْ غَدَّنَا خَيْرًا مِنْ يَوْمِنَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِيْمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ


"Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami berjumpa denganMu...


Hayatilah dan renungilah baik-baik... =)

Pesanan Cinta Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum...
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua... =)


Wahai Hawa….
Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ?
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya ?

Wahai Hawa….
Sedarlah.. Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia,
Kau juga boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
Yakni yang Soleh dan Solehah,
Kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
Serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
Dalam menegakkan Islam di mata dunia...

Tapi Hawa...
Jangan sesekali kau cuba menggoncang 
Keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, 
Dengan ayu wajahmu,
Dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa…
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu...
Kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan
Kerana wanita ialah jalan syaitan,
Alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam...

Hawa,
Andai engkau masih remaja...
Jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami...
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu...
Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum menikah,
Jangan kau risau akan jodohmu,
Ingatlah hawa janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu...
Hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu
Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
Kerana kau bukan memancing hatinya...
Tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa…
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
Kerana aku kuatir dari mata turun ke hati, 
Dari senyuman membawa ke salam, 
Dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan… 
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa …
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa …
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya 
Kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta 
Sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa …
Jagalah pandanganmu,
Jagalah pakaianmu,
Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
Yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, 
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu...

Hawa …
Cintailah ALLAH..
Dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu, kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH SWT
Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa …
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini 
Dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. Tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, 
Kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


(¯`v´¯) Amiin yaa Robbal'alamiin