Suka Blog Nie Tak???

Tuesday, 13 December 2011

Doa Pelembut Hati (Khusus Untuk Anak-Anak)

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Doa 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksud ayat:-
"Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya. "

Bacaan dalam huruf rumi:-
Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.


Doa 2:

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Bacaan dalam huruf rumi:-
Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Selamat Beramal Untuk Kebaikan...!!! =)

•♥♥• Bicara Kalbu •♥♥•

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.... Aminnn.... =)

✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿


1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?

3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?

4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?

5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?

6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?

7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?

8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?

9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?

10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?

11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Laser, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?

12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?

13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?

14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?

Oleh itu, saya menyeru kepada anda dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri sentiasa. Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma. Sentiasa tanya diri... Apakah kita sudah bersedia menghadapinya???

wALLAHua'lam...


✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿

Sunday, 11 December 2011

Keistimewaan Wanita

Assalamualaikum...
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... =)


Berbahagialah menjadi seorang wanita kerana diberi keistimewaan oleh Allah SWT... 19 Keistimewaan Wanita ialah:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki keranaa sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW ) di dalam syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata " Aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "Suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya".

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun ).

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusukan, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

:: ♥ Petua Imam Syafie ♥ ::

Assalamualaikum dan salam ukhwah...


....::::PETUA IMAM SYAFIE:::....
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya.
Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari).
Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam).
Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya).
Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah).
Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya.
Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.
Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.
Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).
Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).
(Surah Asy Syam ayat 1- 10)