Suka Blog Nie Tak???

Monday 26 December 2011

Rahsia Cap Jari

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:

Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. 
(Surah al-Qiyamah :3-4)

>>> Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

>>> Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’ seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.

>>> Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.

>>> Walaupun Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya di alam semesta ini, sesuatu itu sengaja disembunyikan sebelum sampai masanya dan besar kemungkinan ada lagi yang masih belum ditunjuk dengan jelas kerana kita masih belum bersedia untuk menghadapinya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.

Renung-renungilah... =)

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...wbt

memang inilah satu bukti yg jelas betapa berkuasanya Allah SWT..cop jari..berapa billion manusia di muka bumi ini..cop jarinya memang berbeza wp kembar sendiri..

Nur Aini An-Nisa said...

waalaikumussalam...
betul tu... =)

Rayyan Guitar House said...

asalamualaikum

ini mengenai dengan anak saya mempunyai 2 cap jari,pemberian allah swt sukur alhamdulilah.boleh saja tahu apa makna sebalik iti