Assalamualaikum...
Wahai Pencinta Islam....
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ﷲ❤*•¸.•
Aku impikan diriku
Yang sentisa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepadaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga
MencintaiNya sekuat hatiku...
Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindukannya aku kepada Penciptaku
Akibat malunya aku kerana
Sering berbuat maksiat
Seringkali menipu kecintaan aku kepadaNya...
Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Pabila disebut azabNya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayangNya
Yang Maha Luas...
Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingatiNya
Akan nikmatNya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah Yang Maha Pemberi
Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakkal padaNya
Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik buatku
Maha suci dari menzalimiku
Kerana dia Penciptaku
Yang penuh dengan kecintaanNya
Kepada makhlukNya...
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ﷲ❤*•¸.•
No comments:
Post a Comment