Suka Blog Nie Tak???

Tuesday, 25 October 2011

Hujan Itu Rahmat Allah Yang Indah

Assalamualaikum...
Have a Nice Day...


Kalau bercakap pasal hujan, semua orang tahu "Hujan tu rahmat Allah". Bila tanya macammana tau hujan itu rahmat daripadaNya, mengeleng-geleng kepala atau angkat-angkat bahu tanya tidak tahu sebab musababnya. Alahai kesiannya... Sekarang ni sering kali hujan turun sama ada lebat atau renyai-renyai atau hujan yang panjang. Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hambaNya berdoa. Nabi Muhammad SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. ~Hadis riwayat Abu Daud~ "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." ~HR.Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~

Ya Allah, bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Semoga doa kita mudah-mudahan mudah diterimaNya. Musim-musim hujan ni perbanyakkan berdoa dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa yang dihajati. InsyaAllah... Salah satu bukti yang Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihi... 

Selain berdoa ketika hujan, banyak disarankan untuk berdoa ketika musibah berlaku seperti sakit dan dianiaya bahkan ketika sujud. Dengan berdoa kepada Allah bukan sahaja kita mengharap doa dimakbulkan tetapi secara tak langsung kita mendekatkan diri dan kita hanya memohon pertolongan padaNya bukan terlalu mengharap pada orang lain dan sebagainya. "Cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" ~Surah Ali-Imran ayat 173~ 

Doa Ketika Hujan:-
 (اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian 
Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" ~HR Bukhari~

Jadi, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Hujan banyak memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan kepada hidupan di bumi seperti kita. Mungkin dengan terjadinya banjir yang memusnahkan menyebabkan kita terpaksa mengeluh disebabkan kerosakan harta benda dan haiwan ternakan. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah untuk hambanya. Dengan menguji kesabaran hamba-hambanNya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripadaNya.




"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran " ~Surah Al-A'raf ayat 57~


...::::Mutiara Kata::::...
Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya... =)

No comments: